Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

41 

IPOH, 2 Mac 2020 – Satu Upacara Serah Terima Tugas Pengarah Perkhidmatan telah berlangsung di antara Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM dengan Lt Kol Roslan bin Salam TUDM di Wisma Perwira, Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh.

Upacara ini telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai kanan dari Cawangan Tadbir.

23

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bertugas kepada Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM yang akan memulakan tugas sebagai Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao (TPA-15) bermula pada 9 Mac nanti dan kepada Lt Kol Roslan bin Salam TUDM yang akan membuat tugas Pengarah Perkhidmatan, Markas Tentera Udara.

Sesungguhnya tugas yang diamanahkan tersebut adalah kepercayaan tinggi dari pucuk pimpinan TUDM. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.