Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234 

KINRARA, 3 Mac 2020 – Perbarisan Bulanan Pegawai Waran INSMAT telah diadakan di Padang Kawad INSMAT. Perbarisan dihadiri 185 anggota lain-lain pangkat yang diketui oleh PW U II Mohammad Zakir bin Othman.

Pegawai Waran INSMAT, PW U II Muhammad Soffi bin Rashid telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada anggota dan pelatih kursus supaya menjaga displin dan mematuhi arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh pihak INSMAT serta membaca, mematuhi dan tidak melanggar perintah tetap Pelatih.

Dalam ucapan itu juga, beliau menasihat anggota dan pelatih supaya menghindari dan menjauhi segala penyalahgunaan dadah serta mematuhi peraturan pemakaian pakaian TUDM secara langsung atau tidk langsung. Selain itu, beliau menyeru dan menasihat kepada semua anggota dan pelatih supaya mematuhi peraturan, undang-undang dan tatatertib tentera serta menekankan sikap budaya hormat-menghormati kepada pegawai dan anggota yang lebih kekanan.