Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234 

KINRARA, 7 Mac 2020 - BAKAT INSMAT TUDM Kinrara telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2020 bertempat di Dewan Bankuet, Wisma Perwira, INSMAT. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM dan dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT INSMAT, Puan Tuty Azura binti Mohd Salleh. Turut hadir pada majlis perasmian adalah semua eksekutif kanan INSMAT.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah aktiviti tahunan BAKAT untuk tahun 2020, pembubaran AJK 2019, pelantikan AJK baru, pembentangan kewangan dan perkara-perkara keperluan persatuan. Di akhir mesyuarat, Pengerusi BAKAT INSMAT mengingatkan semua ahli BAKAT agar berkerjasama antara satu sama lain dan menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh pihak BAKAT Udara dan INSMAT