Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0371 copy 1072x712DSC 0376 copy 1072x712DSC 0394 copy 1072x712DSC 0412 copy 1072x712

Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan warganya daripada krisis yang melanda negara sekarang ini dengan mewujudkan Kedai Runcit C-19 MART sekaligus mengurangkan pergerakan warga TUDM keluar ke kawasan yang mempunyai kebarangkalian terdedah kepada jangkitan virus COVID-19.

C-19 MART berkonsepkan kedai runcit mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan. Kemudahan ini membolehkan pegawai dan anggota yang tinggal di dalam INSMAT untuk mendapatkan barang keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Majlis perasmian C-19 MART telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM.