Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200416 192514IMG 20200416 192403IMG 20200416 192321

ALOR SETAR- Komandan Kolej Tentera Udara (KTU), Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM bersama Pegawai Eksekutif, Kol Hishamuddin bin Abdul Rahman TUDM; Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM; Ketua Cawangan Material, Lt Kol Jamaludin bin Hassan TUDM serta beberapa pegawai dari KTU telah membuat tinjauan ke lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Bukit Kayu Hitam.

Komandan yang diiringi oleh Penolong Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan (5 RS), Mej Alias bin Ismail telah dibawa meninjau keadaan dan perkembangan semasa di lokasi-lokasi SJR yg melibatkan anggota dari KTU serta 5 RS dan PDRM. Beliau turut bertemu para petugas di samping memberi semangat kepada semua petugas barisan hadapan yang telah memberikan sepenuh komitmen melaksanakan tugas yang diamanahkan semenjak pengumuman PKP yang kini memasuki tahap ketiga sehingga 28 April 2020.

Warga TUDM dari KTU adalah di antara kumpulan barisan hadapan yang terlibat bersama Tentera Darat Malaysia bagi membantu PDRM dalam menguatkuasakan PKP bagi menangani penularan wabak COVID-19. Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan dihargai dan mendapat kerjasama daripada orang ramai untuk mematuhi PKP yang dilaksanakan ini demi kebaikan bersama.