Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

231

KINRARA, 17 April 2020 - Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Mohon Hindari Wabak COVID-19 yang diadakan di Auditorium INSMAT.

Majlis disertai oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM serta para pegawai dan staf INSMAT yang bekerja pada hari tersebut. Majlis ini adalah sebahagian daripada inisiatif INSMAT bagi meneruskan kelangsungan program-program keagamaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Pada masa yang sama, kutipan derma bagi membantu balu-balu anggota TUDM turut dijalankan bagi membeli keperluan asas sepanjang PKP.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T seterusnya dimakbulkan doa bagi memulihkan wabak COVID19.