Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

829cc76d 738d 4eed af6f ba7a76c71d0f205a5be4 be26 48d3 b40b 3af4bbc619acccb96026 b27e 48a6 9945 cc49b1915bc2

ALOR SETAR, 27 April 2020 - Komandan Kolej Tentera Udara (KTU), Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah turun padang membuat tinjauan ke sekitar penempatan petugas-petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kodiang Kedah. Ketibaan Komandan KTU telah disambut oleh Supt. Mohd Ismail bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu dan Mej Alias bin Ismail, Penolong Pegawai Memerintah 5RS bersama petugas-petugas yang lain.

Turut sama hadir mengiringi Komandan Kolej adalah Ketua Cawangan Materiel, Lt Kol Jamaludin bin Hassan TUDM; Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM; Ketua Skuadron 107 Provos, Mej Jod bin Manasil TUDM; Ajutan Kolej, Kapt Yussaini bin Mohamad Yusof TUDM serta Liaison Officer, Lt Bazli Adam bin Umar Baki TUDM yang turut menyampaikan sumbangan iftar kepada penguatkuasa PDRM, ATM dan RELA yang sedang bertugas melaksanakan sekatan jalan raya ketika tempoh PKP tahap 3 ketika ini. Komandan Kolej turut menyantuni para penguatkuasa PKP dengan kata-kata motivasi sebagai penyuntik semangat supaya mereka cekal dan tabah dalam menunaikan tugas yang telah diamanahkan.

Semoga segala jasa dan pengorbanan kumpulan barisan hadapan yang menguatkuasakan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19 ini dihargai oleh setiap rakyat agar negara kita bebas dari wabak berbahaya yang telah mengorbankan banyak jiwa. Orang ramai juga diminta terus membantu negara dengan kekal duduk di rumah, mengurangkan pergerakan keluar kecuali dalam keadaan benar-benar perlu meskipun di bulan Ramadan yang mulia ini.