Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

SHA 3581SHA 3587

SENDAYAN, 14 Mei 20 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR)
Telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah di Auditorium Rajawali Pangkalan Udara Sendayan.

Upacara serah terima tugas di antara Lt Kol Harisson bin Harun TUDM dengan Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM ini turut disaksikan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Brig Jen Thamilanty A/L Periasamy TUDM serta pegawai kanan dari Cawangan Tadbir.

Mengambil serius langkah pencegahan COVID-19, majlis ini diadakan dengan mengambil langkah pencegahan yang telah ditetapkan iaitu dengan membuat pemeriksaan suhu badan setiap anggota, amalan kebersihan diri dengan penggunaan "hand sanitizer" serta mengamalkan penjarakan sosial yang selamat.

Sekalung tahniah buat Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM di atas pelantikan sebagai Pegawai Memerintah INSTAR yang baharu.