ALOR SETAR, 21 Mei 2020 - Majlis Penyerahan Sumbangan Cek Tabung Agama kepada Surau Al-Iman, Kolej Tentera Udara (KTU) telah diadakan bertempat di Pejabat Komandan, Markas KTU.
Penyampaian cek sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Komandan KTU, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dan diiringi Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM.
Cek tersebut telah diserahkan kepada Kol Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM selaku Pengerusi Surau Al-Iman, KTU. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej.
Sumbangan ini adalah dari Tabung Zakat ATM sempena Ihya' Ramadhan kepada masjid dan surau di dalam pangkalan TUDM.