Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0039 resizeDSC 0042 resizeDSC 0043 resize

ALOR SETAR, 28 Mei 20 – Skuadron 107 Provos Kolej Tentera Udara telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Skuadron di Markas Kolej.

Serah terima tugas di antara Mej Jod bin Manasil TUDM dan Kapt Yussaini bin Mohd Yusof TUDM ini telah disaksikan oleh Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Hishamuddin bin Abdul Rahman TUDM serta pegawai dan anggota Skn 107 Provos

Mej Jod bin Manasil TUDM, dalam ucapan beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan selama ini dan berharap agar semua warga Skn 107 Provos dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Skn 107 Provos KTU yang baharu.

Pada akhir majlis, Kol Hishamuddin bin Abdul Rahman TUDM telah menyampaikan cenderahati kepada mantan Ketua Skn 107 Provos yang akan bertukar keluar ke Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson dan LU Zailie Norashikin bt Zainal yang akan bertukar keluar ke PU Sendayan.