Kemaskini Terakhir: Sabtu,11 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

photo6246974699208813669photo6246974699208813675photo6246974699208813682

SENDAYAN, 1 Jun 20 – Sidang video Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abd Samad TUDM bersempena dengan Perutusan HUT TUDM ke-62 telah disaksikan oleh warga Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) melalui video Facebook Live di dewan Al Fateh INSTAR.

Turut hadir Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

Warga Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun TUDM ke-62 dengan slogan ‘Berupaya Bersiaga Kedaulatan Terjaga’.

Mengambil serius langkah pencegahan COVID-19 majlis ini diadakan mengikut prosedur langkah pencegahan yang ditetapkan dengan membuat saringan kesihatan, melakukan pemeriksaan suhu badan serta penggunaan "hand sanitizer" serta mengekalkan penjarakan sosial yang selamat.