Kemaskini Terakhir: Sabtu,11 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0109 resizeDSC 0118 resizeDSC 0120 resizeDSC 0035 resizeDSC 0126 resize

ALOR SETAR, 22 Jun 20 - Panglima Wilayah Udara 1 (PANGWILUD 1), Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hamid TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup ‘Tactical Flying Course’ (TFC) Siri 3/19 dan ‘Weapon Sensor Officer Induction Course’ (WIC) Siri 3/19 sambil diiringi oleh Komandan Pangkalan, Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM yang diadakan di Dewan Taming Sari, Kolej Tentera Udara.

Ketibaan PANGWILUD 1 di Pergerakan Udara KTU telah disambut oleh Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM dan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Terbang (PLTB) 3, Lt Kol Ramlan bin Mohd Yunus TUDM.

Seramai lapan orang pelatih dari PLTB 3 telah berjaya menamatkan kursus FTC Siri 3/19 dan dua orang pelatih telah berjaya menamatkan Kursus WIC Siri 3/19.

Dalam majlis ini menyaksikan Lt Muhammad Harith Irfan bin Khairul Anuar TUDM telah dianugerahkan pelatih Terbaik ‘Tactical Flying Course’ (TFC) Siri 3/19. Manakala pelatih terbaik bagi ‘Weapon Sensor Officer Induction Course’ (WIC) pula dianugerahkan kepada Lt Muhammad Hazim bin Tajuddin TUDM.

Di akhir majlis, PANGWILUD 1 telah mengadakan sesi dialog bersama pelatih-pelatih FTC Siri 03/19 dan WIC Siri 03/19.