Kemaskini Terakhir: Sabtu,11 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345678

ALOR SETAR, 17 Jun 2020 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM telah hadir ke Kolej Tentera Udara (KTU) bagi menyaksikan raptai penuh Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet LKTA Siri 7/19 dan Pegawai Kadet KAP Siri 29/19 yang diadakan di Dewan Aeroangkasa, KTU.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Komandan KTU, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dan Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Abd Nazar bin Abdul Hamid TUDM serta pegawai-pegawai Eksekutif KTU.

Dalam ucapan beliau ketika sesi dialog, PPLU turut memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada Pegawai-pegawai Kadet agar semua persiapan berada dalam keadaan lancar ketika hari sebenar iaitu pada 18 Jun 2020.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Institut Penerbangan Dua (INSPEN 2), KTU. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah INSPEN 2, Lt Kol Bahaizil Nazim bin Mohd Bakar TUDM serta pegawai-pegawai INSPEN 2. Beliau telah diberi taklimat ringkas berkenaan ‘Pre Flight Brief dan Cargo Sling Operation Brief (CSO)’ di Auditorium INSPEN 2. Dalam rangka kerja lawatan ini, beliau telah membuat penerbangan MCT bersama Pegawai Memerintah INSPEN 2 dengan menaiki pesawat EC 120B.

Di akhir lawatan, beliau telah melawat fasiliti-fasiliti di Sekolah Latihan Pegawai (SLP) bagi melihat kemudahan seperti tempat pembelajaran dan auditorium bagi Pegawai Kadet yang menjalani latihan di SLP.