Kemaskini Terakhir: Sabtu,11 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC9664 DSC9681 DSC9693 DSC9846 DSC9850 DSC9863

SENDAYAN, 23 Jun 20 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 234/20 di Dewan Pahlawan INSTAR.

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan seorang PTTK yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikkan pangkat ke pemangku Sarjan Udara.

Seramai 115 orang pelatih daripada pelbagai Tred telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Seramai 113 angota lelaki dan 2 anggota wanita telah menghadiri kursus KPK siri 234/20 ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato' Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM yang turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.