Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

21345

KUANTAN, 7 Julai 2020 – Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA). Beliau yang diiringi oleh Lt Kol Razali bin Hashim TUDM selaku PS 1 Operasi Sekretariat B telah disambut oleh Pegawai Peperiksaan dan Piawaian SKTU, Mej Muhammad Adzreen bin Masri TUDM serta Jurulatih-jurulatih SKTU.

Objektif lawatan beliau ke SKTU adalah bertujuan mengadakan sesi dialog serta beramah mesra bersama 23 orang pegawai muda TUDM yang kini sedang menjalani Kursus Asas Pegawai Kawalan Trafik Udara atau turut dikenali sebagai Basic Air Traffic Control Officer Course (BATCO). Pegawai-pegawai tersebut telah memulakan kursus pada 6 Julai 2020.

Pada sesi tersebut, beliau telah menyampaikan kata-kata nasihat serta dorongan motivasi kepada peserta kursus agar sentiasa positif dan bersedia dalam menghadapi cabaran di sepanjang menghadapi kursus. Persiapan rapi dalam segala aspek adalah kunci kepada kejayaan seseorang. Beliau turut menyentuh tentang budaya dan etika sebagai pegawai tentera yang patut diamalkan disamping mempamerkan sikap yang terpuji pada sebilang masa. Elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah serta membuang masa kerana ia akan merugikan diri sendiri. Beliau juga menasihatkan agar peserta kursus bijak menguruskan kewangan dengan baik. Wang atau gaji yang diperoleh haruslah disimpan dan disalurkan untuk tujuan keperluan peribadi dan bukan kehendak semata-mata.