Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

34516

IPOH, 10 Jul 2020 - Cawangan Bomba Akademi Tentera Udara (ATU) telah menerima kedatangan Pegawai dan Staf daripada Markas Pemerintahan Operasi Udara - Jabatan Kesiagaan Operasi (MPOU-JKO) bagi menduduki Ujian Penilaian Kompetensi dan Kesiagaan Operasi Bomba TUDM untuk tahun 2020.

Ujian ini telah bermula pada 7 Jul 20, di mana semua anggota Cawangan Bomba telah menduduki ujian teori secara bertulis bagi menguji tahap pengetahuan dari aspek bidang tugas Bomba TUDM. Seterusnya, Ujian praktikal dan kecekapan telah dilaksanakan menerusi latihan kebakaran di Flait Senjata ATU bagi menguji tahap kesiapsiagaan Cawangan Bomba ATU sekiranya menerima panggilan kecemasan.

Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada MPOU-JKO dan mengucapkan tahniah kepada Cawangan Bomba ATU kerana telah berjaya melaksanakan ujian tersebut.