Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC1399 DSC1403 DSC1415 DSC1420 

SENDAYAN, 14 Julai 2020 – Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I (KPPP KLS I) Siri 68/20 dan Kursus Penyelia Kanan Siri 235/20 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM di Auditorium Rajawali PU Sendayan. Majlis tersebut turut dihadiri pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I (KPPP KLS I) Siri 68/20 dihadiri seramai 50 penuntut dari ketukangan Pembantu Pentadbiran terdiri daripada 45 orang penuntut lelaki dan 5 penuntut wanita. Manakala Kursus Penyelia Kanan Siri 235/20 dihadiri seramai 88 penuntut yang terdiri daripada 84 orang penuntut lelaki dan 4 penuntut wanita. Kesemua mereka adalah daripada pelbagai ketukangan di dalam TUDM.

Majlis tersebut juga dilaksanakan dalam keadaan mematuhi SOP pencegahan COVID - 19 yang mana dijalankan pemeriksaan suhu badan, penggunaan "hand sanitizer" dan mengekalkan penjarakan sosial di sepanjang majlis berlangsung.