Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7536DSC 7642DSC 7662SAUNASKH

IPOH, 21 Julai 2020 – Panglima Pendidikan dan Laihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM telah melawat Akademi Tentera Udara (ATU) bersempena Pemeriksaan Tahunan Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara bagi tahun 2020.

Ketibaan PPLU telah disambut oleh Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM bersama Pegawai-pegawai ATU. Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Akademi sebelum beliau dibawa melawat ke Flait Senjata, Skn 223 Handau, Cawangan Materiel, Fleet Kenderaan, Sauna dan Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH).

PPLU juga melawat kemudahan-kemudahan latihan dan prasarana yang ada di ATU dan menamatkan lawatan beliau dengan melawat ke RKAT Desa Sri Angkasa.