Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.41.02WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.40.58 1WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.40.58

SENDAYAN, 25 Jul 20 - Senior Trainer Course (STC) Siri 32/20 dengan kerjasama Squadron Officer Course (SOC) Siri 93/20 telah menganjurkan INSKEP Explorace 2020 di sekitar perkarangan Dataran Gurney INSKEP, PU Sendayan.

Menariknya program ini, ianya pertama kali dilaksanakan di INSKEP, PU Sendayan sejak INSKEP berpindah dari Tanjung Bungah Pulau Pinang sejak awal bulan Mac 2020.

WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.41.00 1WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.41.00 2WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.41.00

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM dan turut dihadiri barisan pegawai dan staf INSKEP. Program ini dimeriahkan lagi oleh 30 penuntut SOC, 25 penuntut STC dan 22 penuntut Basic Trainer Course (BTC) Siri 267/20.

WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.41.01 1WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.41.01 2WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.40.59

Objektif aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menilai para penuntut kursus STC dan SOC dalam merancang, mengkoordinasi serta melaksanakan sesuatu program atau majlis. Aktiviti ini merupakan salah satu pembelajaran di bawah modul Profesional Development Program (PDP) bagi penuntut STC.

Selain itu, aktiviti ini juga menguji para peserta dalam meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental, memupuk semangat kerjasama berpasukan, menguji tahap kemahiran di dalam proses penyampaian maklumat dan menguji daya kreativiti para peserta.

WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.40.59 2WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.40.59 1WhatsApp Image 2020 07 27 at 09.41.01

Program yang bermula seawal 8pagi dan tamat sekitar 1.30 tengahari diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Pegawai Memerintah INSKEP.

Ketiga-tiga pemenang dibolot sepenuhnya oleh penuntut SOC di mana tempat pertama disandang oleh kumpulan Dragon Knight, tempat kedua kumpulan Puyuh dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Knight Fury.