12 13

IPOH, 25 Julai 20 - Perbarisan Bulanan Komandan telah diadakan di Padang Kawad A, Akademi Tentera Udara. Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada 10 anggota LLP dan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Jurulatih dan Staf Cemerlang bagi penggal pertama dan kedua pada tahun ini.

Dalam ucapan beliau,telah digariskan lima teras utama beliau kepada seluruh warga ATU iaitu yang pertama bercakap benar walaupun perit, yang kedua menepati masa, masa itu emas, yang ketiga semangat setiakawan, yang keempat bekerja secara profesional dan yang terakhir mengamalkan budaya senggara.