Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1595380882083FB IMG 1595380886274FB IMG 1595380920743

SENDAYAN, 9 Julai 2020 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) telah mengadakan ujian Instructor Proficiency Test (IPT) untuk penuntut kursus Senior Trainer siri 32/20. Ujian ini telah dilaksanakan selama 2 hari mulai 7 jul 20 hingga 8 jul 20 merangkumi (IPT 1) iaitu ujian bertulis (Teori) dan (IPT 2) ujian praktikal (presentation). Tujuan ujian ini dilaksanakan adalah untuk menilai tahap kecekapan jurulatih bagi penuntut sebelum melayakkan diri mereka untuk meneruskan kursus.

Seramai 25 orang calon penuntut kursus Senior Trainer terdiri daripada 10 orang Pegawai dan 15 orang anggota Lain-lain Pangkat dari pelbagai trade telah menjalani ujian tersebut.

Kesemua 25 orang penuntut telah berjaya dengan cemerlang dalam ujian tersebut sekaligus melayakkan mereka untuk meneruskan kursus. Tahniah diucapkan kepada semua penuntut kerana telah berjaya dalam ujian IPT tersebut.