Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1595381544620FB IMG 1595381547607FB IMG 1595381572239

SENDAYAN, 29 Jun 20 – Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pangkalan Udara Sendayan telah mengadakan majlis pembukaan ‘Squadron Officer Course’ (SOC) Siri 93/20 bertempat di Dewan Banquet Wisma Perwira Pangkalan Udara Sendayan. Kursus ini telah disertai oleh 30 orang pegawai berpangkat Kapt TUDM daripada pelbagai trade. Majlis pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Ybhg Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM.

Majlis turut dihadiri oleh, Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan Udara, Ybhg Brig Jen Thamilanty A/L Periasamy TUDM, Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Ahmad Rashidi bin Ithnim TUDM dan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM. Warga INSKEP mendoakan semua penuntut ‘Squadron Officer Course’ (SOC) Siri 93/20 dapat menamatkan kursus dengan jayanya.