AJKCoach bagi PeneranganGambar Keseluruhan

IPOH, 25 Jul 2020 – Persatuan Memanah TUDM dari Kolej Tentera Udara telah mengadakan Program Klinik Memanah 2020 di Akademi Tentera Udara dari 25 hingga 26 Jul 2020 terhadap Perajurit Muda Lelaki Siri 62/2020 yang kini sedang menjalani latihan asas ketenteraan.

Objektif utama Program Klinik Memanah 2020 diadakan di ATU, Ipoh adalah untuk mencari pelapis-pelapis baru dikalangan Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki supaya Persatuan Memanah TUDM dapat melaksanakan Talent Scouting serta dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada mereka dan mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan membanggakan ATM amnya dan TUDM khasnya.

Program Klinik ini diketuai oleh Mej Ir. Neo Chin Kiat TUDM, selaku Setiausaha Persatuan Memanah TUDM dan dibantu oleh Lt Nursyafiqah binti Mohd Nawawi TUDM, selaku Penolong Pengurus Pasukan Persatuan Memanah TUDM serta jurulatih memanah TUDM iaitu F/Sjn U Ahmad Suza bin Abd Razak, selaku Jurulatih Recurve bersama-sama dengan empat (04) atlet memanah TUDM.

Program Klinik ini telah dilaksanakan di ATU, Ipoh dan seramai dua puluh tiga (23) Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki Siri 62/2020 telah mengikut program ini. Persatuan Memanah TUDM telah memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki tersebut mengenai asas memanah, cara-cara memanah serta taklimat keselamatan memanah dengan mengunakan Basic Wooden Recurve Bow dan Basic Compound Bow. Semua Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki telah memberikan tumpuan dan minat yang amat memberangsangkan dalam mempelajari bidang sukan ini kerana sukan ini memerlukan tahap konsentrasi dan fizikal yang kuat.

Persatuan Memanah TUDM berharap Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki yang telah disenaraipendekkan dapat membantu pihak TUDM dalam mencapai objektif yang telah disasarkan oleh LS TUDM dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada TUDM dalam mendukung TUDM ke arah mencapai aspirasi yang telah ditetapkan serta menjadi juara untuk Kejohanan Memanah Antara Perkhidmatan ATM 2021 dan Projek Kecemerlangan Memanah SUKMA 2023.