Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0022 resizeDSC 0015 resize

ALOR SETAR, 3 Ogos 20 – Sekolah Latihan Pegawai (SLP) telah mengadakan Majlis Pembukaan Latihan Ketenteraan Program 2u2i Ijazah Sarjana Muda Penerbangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Siri 1/20 bertempat di Dewan Auditorium Sekolah Latihan Pegawai.

Program yang julung kalinya dilaksanakan ini telah disertai oleh 20 Pegawai Kadet (PK) terdiri dari 15 PK TUDM, empat PK TDM dan seorang dari TLDM. Kesemua PK terlebih dahulu telah menjalani fasa akademik selama dua (2) tahun di UPNM sebelum melapor diri di SLP bagi menjalani fasa latihan ketenteraan. Latihan Ketenteraan ini akan berlangsung selama 6 bulan dan seterusnya PK yang berjaya menamatkan latihan akan melapor diri ke Institut Latihan Penerbangan untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Majlis pembukaan ini telah disempurnakan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM. Majlis ini juga dihadiri oleh Ketua Sekolah Latihan Pegawai, Lt Kol Muazam Shah bin Mohd Yusuf TUDM, Pegawai–pegawai Memerintah dan pegawai KTU serta SLP. Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM turut hadir ke majlis ini sebagai tetamu jemputan. Warga SLP mendoakan agar semua Pegawai Kadet 2u2i menjalani latihan ketenteraan ini dengan jayanya.