Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2020 - Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM telah mengadakan Sembah Mengadap kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Istana Perak, Kuala Lumpur.

Turut sama pada Sembah Mengadap ini adalah Mantan Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM.

Dalam upacara tersebut, Komandan dan Mantan Komandan Akademi Tentera Udara turut mempersembahkan cendera kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.