DSC 0343

SUBANG, 3 Sep 2020 – Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) telah mengadakan Majlis pembukaan Kursus Pengurusan Operasi Pengangkutan Siri 30/20 dan Kursus Pengenalan Sistem Materiel Siri 15/20 di MTU-Istiadat Pangkalan Udara Subang yang disempurnakan oleh Ketua Jurulatih INSMAT, Mej Nik Muhammad Fariz bin Nordin TUDM.

Dalam ucapan beliau mengingatkan supaya pelatih menjaga imej TUDM dengan baik, menimba ilmu bagi meningkatkan diri, menjadi warga yang berketrampilan, berkemahiran dan mempunyai nilai peribadi yang baik. Beliau juga mengingatkan supaya mematuhi peraturan INSMAT supaya tidak menjejaskan kursus yang dihadiri.