Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

SENDAYAN, 28 Aug 20 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) buat julung kalinya telah mengadakan Program Simulasi Pengurusan Kematian yang dikelolakan oleh Penuntut Kursus Senior Officer Course Siri 93/20.

Program ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada semua anggota tentera tentang cara pengurusan kematian yang betul jika berlaku kematian di unit masing-masing. Selain itu, ini dapat memberi peluang bagi menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah iaitu wajib dipelajari dan diketahui oleh semua umat Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam, bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.

Antara pengisian program ini termasuklah berkenaan tugas-tugas anggota bertugas dan pegawai kanan apabila menerima berita kematian. Selain itu, latihan praktikal pengurusan jenazah yang merangkumi proses mandi, kafan dan kebumikan jenazah telah diadakan selari dengan tatacara tentera dan agama. Bermula dari adab menziarahi waris sehingga kepada cara mengurus mandi, mengkafankan mayat,cara solat jenazah dan pengebumian jenazah. Bacaan talkin juga turut dipraktikan kepada semua yang hadir. Selain itu, Ustaz Mej Hisham bin Mustafa dari Kor Agama Angkatan Tentera Pu Sendayan juga di jemput bagi memberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara pengurusan jenazah.