DSC5218 DSC5230 DSC5235 DSC5256 DSC5258 DSC5330

SENDAYAN, 3 Sep 2020 – Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Trade Instructor Course (TIC) Siri 2/20 di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Seramai 24 orang penuntut anggota lelaki daripada Tred Cawang Tadbir telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melahirkan seorang jurulatih yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya.