12345

SENDAYAN, 8 Sep 20 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 6/20 dan Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 71/20 telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Haji Mohd Suhaimi bin Haji Sahri TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir, di INSTAR yang turut dihadiri oleh YBhg Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM, Komander Pangkalan Udara Sendayan, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

678

Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 6/20 telah disandang oleh 727877 Kpl U Amir Azli bin Mohamad. Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 6/20 disandang oleh 5801187 Kpl U (W) Ayuni binti Alwi. Manakala Penuntut Akademik Terbaik Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 71/20 disandang oleh 733241 LU I Wan Muhammad Arif bin Wan Muhammad. Bagi Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 71/20 telah disandang oleh 733097 LU I Amir Zakwan bin Sabri.