IMG 0107IMG 0112IMG 0122

SENDAYAN, 7 Sep 20 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pangkalan Udara Sendayan telah menganjurkan Basic Trainer Course (BTC) SIRI 268/20 yang telah dijalankan selama empat (4) minggu dan dihadiri seramai 19 orang pegawai dari pelbagai Unit latihan di dalam TUDM.

Majlis Pembukan kursus ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM. Turut hadir Ketua Research & Development, Standard and Evaluation (RDSE) INSKEP, Mej Sharinawati binti Ibrahim TUDM; Ajutan INSKEP, Lt Amira Syahida binti Amir TUDM serta barisan Jurulatih INSKEP dan staf INSKEP.