Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0093 resizeDSC 0014 resizeDSC 0021 resizeDSC 0059 resizeDSC 0109 resize

ALOR SETAR, 11 Sep 20 – Sekolah Latihan Pegawai (SLP) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 30/20 bertempat di Bilik Eagle Club, Sekolah Latihan Pegawai. Kursus ini disertai oleh 16 Pegawai Kadet Graduan (PK) lelaki yang akan berlangsung selama tempoh sembilan (9) bulan.

Majlis ini dimulai dengan upacara tadbir sumpah oleh PK dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM. Majlis ini turut dihadiri Ketua Sekolah Latihan Pegawai, Lt Kol Muazam Shah bin Mohd Yusuf TUDM, Pegawai–pegawai daripada Cawang Tenaga Kerja - Markas Angkatan Tentera Malaysia, wakil pegawai dari Markas Tentera Udara dan pegawai Sekolah Latihan Pegawai.

Pengarah Tenaga Kerja, Brig Jen Roba’i bin Rahmat turut sud meluangkan masa hadir ke majlis ini sebagai tetamu jemputan. Warga SLP mendoakan agar semua Pegawai Kadet KAP Siri 30/20 dapat menjalani kursus ini dengan jayanya dan seterusnya ditauliahkan sebagai pegawai dalam perkhidmatan TUDM kelak.