Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 12WhatsApp Image 2020 09 17 at 16.32.15WhatsApp Image 2020 09 17 at 16.32.18 1WhatsApp Image 2020 09 17 at 16.32.18 2WhatsApp Image 2020 09 17 at 16.32.19 1WhatsApp Image 2020 09 17 at 16.32.20WhatsApp Image 2020 09 17 at 16.32.23 1WhatsApp Image 2020 09 17 at 16.32.23

 

INSMAT, 17 Sep 20 – Majlis Penutup Kursus Kru Hantaran Udara TUDM Siri Khas dan Pemakaian Lencana Kepakaran Sayap Hantaran Udara TUDM telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Staf MPOU, Brig Jen Dato’ Othman bin Ahmad TUDM di Auditorium INSMAT. Seramai 26 pelatih dari ketukangan Materiel, PPK dan PASKAU telah menyertai kursus ini mulai 10 Ogos hingga 18 Sep 20. Kursus ini julung kali dianjurkan oleh TUDM yang merupakan sahasama antara SISMAT, INSMAT , PULMAT dan SHU TUDM.

Bagi kursus Kru Hantara Udara pada kali ini, Kapt Muhamad Hafiz bin Kamarudin TUDM dari Depoh Material Udara (DMU) telah dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Kapt Muhamad Nurhakim bin Zailan TUDM dari INSMAT telah dinobatkan sebagai Penuntut Akademik terbaik.

YBhg Timbalan Ketua Staf MPOU juga turut menyempurnakan upacara pemakaian lencana kepakaran sayap Hantaran Udara kepada 14 anggota Seksyen Hantaran Udara TUDM yang terdiri daripada 2 Pegawai dan 12 anggota LLP diketuai oleh Kapt Mohamed Zulhilmy bin Mohamed Zulkifly TUDM. Pemakaian lencana kepakaran ini telah diluluskan dalam JPPTU siri ke 145 pada 23 Julai 20 yang lalu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT), Lt Kol Abdul Razak bin Hj Mohd Said, Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM, PS1 Bantuan MPPLU, PS1 CBM MPOU, wakil dari Rejimen TUDM serta jurulatih dari PULMAT.