Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200920 WA0041IMG 20200920 WA0043IMG 20200920 WA0044IMG 20200920 WA0045IMG 20200920 WA0046IMG 20200920 WA0049

Sendayan, 14 Sep 20. Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah diadakan pada 14 Sep 20 bertempat di Dataran Munsyi, INSTAR

Semasa menyampaikan ucapan pada perbarisan tersebut, Pegawai Memerintah INSTAR mengharapkan agar semua penuntut mengimplikasikan ilmu yang telah dipelajari semasa berkursus di INSTAR dengan cara yang bijak bersama pemikiran yang bernas untuk menguruskan dan menyelesaikan masalah yang berlaku di unit masing-masing. Selain itu, Pegawai Memerintah juga mengingatkan kepada semua yang hadir agar mempunyai minda yang terbuka, berinovatif dan berinisiatif di dalam mengurus dan menyelesaikan masalah. Ia hendaklah disokong dengan keikhlasan bekerja supaya kerja yang dilaksanakan akan diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Perbarisan tersebut telah dihadiri seramai 223 anggota terdiri daripada pegawai, jurulatih, staf dan penuntut kursus yang sedang dijalankan di INSTAR.