Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

IPOH, 1 Okt 20 – Majlis Angkat Sumpah dan Serah Terima Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 63/20 telah diadakan bertempat di Dataran Skuadron Latihan PjM U, Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh, Perak.

Angkat sumpah pada siri kali ini melibatkan seramai 404 orang calon PjM U terdiri daripada 316 orang calon lelaki dan 88 orang calon wanita. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan lafaz Ikrar Taat Setia daripada calon PjM U Siri 63/20.

789

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Sijil Serah Terima PjM U Siri 63/20 antara Pegawai Staf 2 Kerjaya dan Pengambilan-Bahagian Sumber Manusia, Mej Mohd Yusri bin Hassan TUDM selaku Pegawai Angkat Sumpah dengan Ketua Jurulatih ATU, Lt Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM dan disaksikan oleh Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM.