Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 9119 copy 1129x679IMG 9141 copy 1129x752IMG 9295 copy 1129x753IMG 9298 copy 1129x752IMG 9304 copy 1129x752IMG 9308 copy 1129x752

SENDAYAN, 12 Okt 20 - Insitut Kepimpinan dan Pengurusan INSKEP telah mengadakan Majis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah INSKEP di antara Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM kepada Pegawai Memerintah INSKEP yang baharu iaitu Mej Nasruddin bin Khalid TUDM.

Penyerahan tugas dilaksanakan dengan simbolik Serah Terima Tongkat Kuasa setelah menandatangani Sijil Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM. Turut hadir, Komander PU Sendayan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM.

Terdahulu, Perbarisan Pegawai Memerintah diadakan bersama warga INSKEP, Penuntut Kursus ‘Training Manager Course’ (TMC) Siri 22/20 dan ‘Junior Officer Course’ (JOC) Siri 8/20.

Dalam perbarisan tersebut, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM meyampaikan amanat kepada warga INSKEP agar mengekalkan kecemerlangan di dalam tugasan harian, yang mana pernah membawa INSKEP sebagai Institut Terbaik semasa Hari Anugerah Kecermerlangan TUDM pada Tahun 2019.

Warga INSKEP mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM kerana telah menabur bakti yang tidak terhingga sepanjang pentadbiran beliau di INSKEP. Beliau telah ditukarkan sebagai PS 1 Strategik di BPP, Markas ATM.