IMG 20201012 WA0077IMG 20201012 WA0078IMG 20201012 WA0080IMG 20201012 WA0079IMG 20201012 WA0081IMG 20201012 WA0082

SENDAYAN, 8 Okt 2020 – Majlis pemakaian pangkat, penyampaian cenderahati dan sumbangan kebajikan kepada anggota Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah diadakan di Dewan Al Fateh INSTAR. Majlis tersebut dihadiri oleh Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

Majlis pemakaian pangkat kepada anggota INSTAR iaitu Sjn U Ahmad Hazani bin Roslam kepada Pemangku F/Sjn, Kpl U Shahray bin Shahroni kepada Pemangku Sjn U dan LUK Muhammad Fareed bin Amir kepada Pemangku Kpl U. Penyampaian cenderahati di atas kelahiran cahaya mata kepada Kpl Mohd Hazman bin Ruslan. Manakala sumbangan kebajikan kepada Kpl U (W) Siti Zuraida binti Ghazali dan Kpl U Muhamad Norman Sylvister Asem bin Abdullah dari penuntut Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 8/20 kerana mereka berdua baru kehilangan ayahanda tercinta.

Mengambil serius langkah pencegahan COVID-19, majlis tersebut telah diadakan mengikut prosedur langkah pencegahan yang telah ditetapkan iaitu dengan membuat saringan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan suhu badan setiap individu, amalan kebersihan diri dengan penggunaan "hand sanitizer" serta mengekalkan penjarakan sosial yang selamat.