DSC 0017 resizeDSC 0019 resizeDSC 0026 resizeDSC 0032 resizeDSC 0034 resize

ALOR SETAR, 13 Okt 20 - Majlis penyerahan Cek Bantuan Sejambak Kasih ATM telah diadakan di Pejabat Komandan, Markas Kolej Tentera Udara. Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dan diiringi oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM.

Dalam majlis ini seramai 6 orang anggota LLP Kolej telah menerima sumbangan bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh anggota.