SENDAYAN, 9 Okt 20. Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 57/20 telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM, Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, dan turut dihadiri oleh YBhg Kol Nazaruddin bin Haron TUDM, Pengarah Sumber Manusia, YBhg Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM, Pengarah Perkhidmatan serta Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR.
Kursus ini telah dihadiri seramai 48 anggota daripada pelbagai Ketukangan di dalam TUDM berpangkat Flait Sarjan. Kursus ini bermula pada 9 Sep 20 sehingga 9 Okt 20.