Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0037 resizeDSC 0030 resizeDSC 0040 resizeKIPA Khas 20 ver2AQM SIRI 51 10 ver 2

ALOR SETAR, 13 Okt 20 – Majlis Pembukaan Kursus Ilmu Penerbangan Asas Siri Khas 2020 dan Kursus Kuartermaster Udara Siri 51/20 telah diadakan di Dewan Taming Sari, Kolej Tentera Udara.

Kursus Ilmu Penerbangan Asas Siri Khas 2020 ini akan berlangsung selama 13 minggu di Institut Latihan Penerbangan 1 (INSPEN 1) manakala Kursus Kuartermaster Udara Siri 51/20 akan berlangsung selama 16 minggu di Institut Latihan Penerbangan 2 (INSPEN 2). Seramai 8 orang pelatih pegawai yang terdiri daripada 4 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia dan 4 pegawai Tentera Darat Malaysia yang terlibat bagi Kursus Ilmu Penerbangan Asas Siri Khas 2020 manakala seramai 10 orang pelatih LLP yang terlibat bagi Kursus Kuartermaster Udara Siri 51/20.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, YBhg Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM diiring oleh Pegawai Memerintah INSPEN 1, Pegawai Memerintah INSPEN 2 serta Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej.