Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC1410 DSC1413 DSC1447 DSC1450 

SENDAYAN, 6 Nov 20 – Majlis Pemakaian Lencana Cawang, Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 44/20 telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh YBhg Kol Md Noh bin Daim TUDM, Komander PU Sendayan; Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM, Komandan ATU; Lt Kol Balasubramaniam a/l Maruthamothoo TUDM, Ketua Cawang Tadbir PU Sendayan dan Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 44/20 telah disandang oleh Lt Nurazzura Ayu binti Mohd Sedi TUDM daripada Institut Perubatan Penerbangan. Manakala Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Asas Pegawai Tadbir telah disandang oleh Lt Zul Hilmi bin Zakaria TUDM daripada Cawang Tadbir Pangkalan Udara Sendayan.