KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER PU SENDAYAN KEPADA KETUA POLIS NEGERI SEMBILAN

1jpeg 2jpeg 3

 

SEREMBAN, 1 Nov 21- Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM bersama deligasi pangkalan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH DCP Dato’ Mohamad bin Mat Yusop di Ibu Pejabat Kontigen Negeri Sembilan.

Tujuan kunjungan hormat ini untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala, koordinasi perlaksanaan SJR OP PENAWAR Daerah Seremban yang melibatkan anggota Skn 221 HANDAU, penguatkuasaan SOP Covid-19 dan bantuan Outrider Polis Trafik bagi program PPV, keselamatan fizikal pangkalan dan komuniti bagi warga PU Sendayan serta masyarakat setempat.

Program kunjungan hormat ini telah berlangsung dengan permatuhan (SOP). Atur cara program diakhiri dengan pertukaran cendaramata di antara kedua-dua pihak dan sesi bergambar.