MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENYERAHAN BEG RAYA PERINGKAT MAWILUD 2

Pakai Pangkat Penerima Beg Raya Penerima Bungkusan Raya

 

LABUAN, 27 APR 22 – Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Hj Mohd Romi bin Hussein TUDM telah menyempurnkan acara pemakaian pangkat (2) dua anggota TLDM yang bertugas di MAWILUD 2. Anggota MAWILUD (2) yang dinaikkan pangkat adalah 838457 LK I JTP Nik Mohd Anis bin Nik Azmi dan 839094 LK I JTP Thines Kumar A/L Saravanan yang mana kedua-duanya telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Laskar Kanan mulai 1 Apr 22.

Selesai acara pemakaian pangkat tersebut, majlis diteruskan dengan penyerahan beg raya dan bungkusan raya kepada pegawai dan anggota yang bakal bertugas pada hari raya pertama.

Diucapkan tahniah kepada anggota MAWILUD 2 yang menerima kenaikan pangkat dan kepada anggota MAWILUD 2 yang bertugas sepanjang minggu sambutan hari raya Aidilfitri di Labuan agar tetap kekal semangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.