MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN DAN PENYERAHAN CEK SUMBANGAN DI MPBU

A B
C D

 

SUBANG, 23 Nov 20 – Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat Ketua MATRA 1 iaitu Mej Mad Razip bin Nazir TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM..

Majlis yang diadakan di Auditorium Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah disaksikan oleh Ketua Staf MPBU, Brig Jen Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM; Ketua Staf Sistem, Brig Jen Samir bin Abas TUDM dan Pegawai Memerintah DMU, Kol Gopalan a/l Manickam TUDM serta pegawai-pegawai kanan MPBU.

Selain itu juga turut diadakan majlis penyerahan cek sumbangan daripada Tabung Zakat ATM serta Tabung Kebajikan TUDM kepada Mej Neny Suhaida binti Abdul Suki TUDM dan Sjn U Muhammad Ridhwan bin Amirudin.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat dan kepada penerima sumbangan diharapkan agar sumbangan dapat meringankan beban anggota menanggung anak yang menghadapi masalah kesihatan.