MAJLIS PENUTUP KURSUS SENIOR TRAINER COURSE (STC) SIRI 33/20

FB IMG 1600727997312 FB IMG 1600728006848 FB IMG 1600728010269

 

SENDAYAN, 17 Sep 20 - Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Senior Trainer Course (STC) Siri 33/20. Kursus yang berlangsung selama 4 minggu ini telah bermula 24 Aug hingga 17 Sep 20 melibatkan 21 penuntut (pegawai dan anggota) dari pelbagai ketukangan dan unit.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan para jurulatih TUDM yang berkelayakan dan berkualiti untuk menjadi tenaga pengajar. Kesemua penuntut telah berjaya melepasi kesemua 11 ujian merangkumi teori dan juga praktikal sekaligus layak dianugerahkan 'pin jurulatih' TUDM.

Mej Shahid bin Sulaiman TUDM dari PLPE telah dinobatkan sebagai penuntut terbaik akademik manakala Kapt Mohd Farhan Adhli bin Azman TUDM dari INSPEN 3 pula dinobat sebagai penuntut terbaik keseluruhan.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Jurulatih INSKEP, Mej Mohd Sani bin Shafie TUDM, Ketua Training Management School, Kapt Mohd Firdaus bin Abd Aziz TUDM serta barisan Jurulatih dan staf INSKEP.

Tahniah diucapkan kepada semua penuntut Kursus STC siri 33/20 kerana telah Berjaya menamatkan Kursus dengan jayanya.