MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KOLEJ TENTERA UDARA BAGI TAHUN 1443H/2022M

8 resize 7 resize 6 resize
9 resize 12 resize 5 resize

 

ALOR SETAR, 21 Jun 22 - Pejabat Agama Kolej Tentera Udara telah menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kolej Tentera Udara bertempat di Surau Al-Iman KTU. Turut hadir ke majlis ialah Komandan KTU, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM merangkap Penaung Surau Al-Iman KTU bersama Pegawai Laksana Kolej, Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM diiringi Kol Rizam bin Ibrahim TUDM Pegawai Memerintah ITAS merangkap Ydp Agama Surau Al Iman Kolej Tentera Udara.

Seramai 25 orang peserta yang menyertai pertandingan Tilawah Al Quran bagi menjayakan program tersebut yang terdiri daripada empat (4) kategori iaitu; Kategori Pegawai, Qari’ LLP, Qari’ah/BAKAT dan Kategori Saudara Baru.

1 resize 2 resize 11 resize

 

Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini dihakimi oleh Mej Hashim bin Abdul Rahman, Pegawai Agama Kanan Kolej merangkap Penasihat Surau Al-Iman Kolej Tentera Udara (Ketua Jemaah Hakim); Ustaz Mohd Fadzli bin Yaakub, Guru Agama Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (Hakim Tajwid/Fasohah) dan Ustaz Badrul Hafiz bin Mustafa Kamil, Guru Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (Hakim Tarannum/Suara).

Keputusan pertandingan Tilawah Al Quran pada kali ini dimenangi oleh Mej Muhammad Hamzani bin Muhammad TUDM dari INSPEN 2 bagi Kategori Pegawai, Kpl U Azlan bin Arshad dari Cawangan Tadbir bagi Kategori Qari LLP, Puan Muhajirah binti Munawar (isteri FSjn Aman Shah bin Rosli) dari Cawangan Materiel bagi Kategori Qariah/BAKAT manakala Luk Roslan Husun bin Abdullah dari Cawangan Operasi memenangi bagi Kategori Saudara Baru.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Hadiah dan saguhati kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kolej Tentera Udara.