MASS BRIEF EKSESAIS BERSAMA SHIELD 2022 (EKS BS 22)

WhatsApp Image 2022 03 23 at 122554 WhatsApp Image 2022 03 23 at 122558 WhatsApp Image 2022 03 23 at 122558 1
WhatsApp Image 2022 03 23 at 122559 WhatsApp Image 2022 03 23 at 122600 WhatsApp Image 2022 03 23 at 122600 1

 

KUANTAN, 22 Mac 22 – Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM hadir ke Auditorium INSPRA bagi mendengar taklimat utama Eksesais Bersama SHIELD 2022 (EKS BS 22).

Eksesais Bersama Shield 2022 merupakan latihan gabungan antara angkatan tentera negara-negara FPDA iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih teliti perancangan dan persediaan merangkumi aspek meteorologi, kawalan trafik udara, keselamatan serta pentadbiran melibatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 bagi menjalani latihan pada tahun ini.

Sepanjang latihan ini akan dilaksanakan di sebahagian kawasan perairan, darat, udara Semenanjung Malaysia dan Singapura termasuk kawasan perairan serta udara Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di Laut China Selatan.

Turut serta dalam taklimat ini Pegawai Eksekutif Pangkalan; Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM, Komandan INSPRA; Kol Shahfreen bin Baba TUDM, Pegawai Memerintah 320; Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah 330; Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia @ Yahaya TUDM wakil dari No 6 dan 12 Skuadron serta dari Pejabat Meteorologi Pahang.