MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) BAKAT PANGKALAN UDARA KUCHING

WhatsApp Image 2021 04 12 at 113245 AM WhatsApp Image 2021 04 12 at 113245 AM 1 WhatsApp Image 2021 04 12 at 113246 AM 1
WhatsApp Image 2021 04 12 at 113247 AM WhatsApp Image 2021 04 12 at 113248 AM 1

 

KUCHING, 10 Apr 21 – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAKAT Tahun 2021 telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan Lt Kol Khir Allauddin bin Ahmad Basari TUDM, pada hari ini bertempat di Rumah Bakat Pangkalan Udara Kuching. Turut menghadiri majlis perasmian tersebut adalah pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan Pangkalan Udara Kuching.

Turut diadakan di dalam majlis ini adalah penyampaian Sijil Penghargaan BAKAT kepada AJK & AJKK BAKAT Sesi 2020/2021 yang telah memberikan sokongan yang jitu dalam aktiviti-aktiviti BAKAT PU Kuching. Selain itu, Sijil Anugerah Ahli BAKAT Terbaik juga disampaikan oleh Pengerusi BAKAT PU Kuching, Puan Nazrah binti Idris. Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori isteri Pegawai yang disandang oleh Puan Nurul Diana binti Abdullah dan Kategori isteri Lain-lain Pangkat disandang oleh Puan Rafidah binti Mohd Ridwan, di mana pemilihan ini mengikut kriteria dari segi komitmen serta tahun berkhidmat beliau.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Nazrah binti Idris selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Kuching dan dihadiri oleh ahli BAKAT seramai 150 orang (28.7%) berdasarkan kuota yang dikeluarkan oleh Pangkalan Udara Kuching mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Mesyuarat pada kali ini juga telah membincangkan mengenai perlantikan Ketua Biro, AJK dan AJKK bagi Sesi 2021/2022, Pembentangan Laporan Kewangan 2020 dan Perancangan Aktiviti BAKAT 2021 serta perbincangan usul-usul daripada ahli BAKAT yang hadir.