PENYEMPURNAAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

DSC 9309 DSC 9315
DSC 9325 DSC 9336

 

GONG KEDAK, 25 Jan 22 - Komander Pangkalan, Kol Mohd Sani bin Omar TUDM diiringi Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua (2) pegawai dan satu (1) PTTK di Bilik Mesyuarat Markas Pangkalan. Turut hadir menyerikan majlis adalah semua Eksekutif Pangkalan.

Seramai tiga (3) anggota yang terdiri daripada dua (2) pegawai dan satu (1) anggota lain-lain pangkat dari pelbagai ketukangan telah dipakaikan pangkat masing-masing. Seramai dua (2) pegawai telah dinaikkan pangkat dari Leftenan TUDM ke Kapten TUDM manakala satu (1) anggota LLP telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Flait Sarjan.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikkan pangkat akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.