PERBARISAN DAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER PANGKALAN UDARA KUANTAN

1 2 3
4 5 6
7 8

 

KUANTAN, 17 Dis 21 – Bertempat di Hangar SAR No 10 Skuadron, PU Kuantan telah berlangsung Perbarisan Komander Pangkalan sempena persaraan Brig Jen Zulkiffli bin Hj Musa TUDM.

Perbarisan terdiri daripada tiga (3) orang Pegawai, 120 anggota LLP dan tadbir awam diketuai oleh Mej Mohd Amru bin Azmi TUDM, Ajutan Perbarisan, Kapt Mohamad Adam bin Mohd Zaine Tee TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Mohamad Azil bin Mohamed Aziz.

Dalam perbarisan ini, Komander Pangkalan menyampaikan amanat terakhir beliau kepada seluruh warga PU Kuantan dan berharap semua peringkat Pegawai dan LLP dapat mengekalkan komitmen serta dedikasi yang tinggi demi menjaga nama baik Pangkalan khasnya dan TUDM amnya.

Turut dilaksanakan di majlis ini adalah Serah Terima Tugas Komander Pangkalan dan Pengerusi BAKAT PU Kuantan di Bangunan Pergerakan Udara PU Kuantan. Brig Jen Zulkiffli bin Hj Musa TUDM telah menyerahkan tugas kepada Pemangku Komander Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM yang disaksikan oleh Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM.

Manakala Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Pengerusi BAKAT Pangkalan telah disaksikan oleh Pengerusi Markas Wilayah Udara 1, Datin Hayati binti Hussin. Puan Noorhayati binti Ali telah menyerahkan jawatan Pengerusi BAKAT Pangkalan kepada Puan Faesneza binti Mohd Zain.

Seluruh warga Pangkalan Udara Kuantan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Komander Pangkalan serta selamat bersara kepada Brig Jen Zulkiffli bin Hj Musa TUDM.