PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH SKUADRON 401 DAN PEMAKAIAN PANGKAT SERTA SUMBANGAN MANGSA BANJIR

DSC 5525 DSC 5553 DSC 5555
DSC 5568 DSC 5572 DSC 5624
DSC 5634 DSC 5636 DSC 5652
DSC 5656 DSC 5659 DSC 5667

 

KUANTAN, 14 Jan 22 – Perbarisan Pegawai Memerintah Skuadron 401 telah dilaksanakan di perkarangan Fleet Kenderaan Skuadron PU Kuantan pada hari ini.

Perbarisan ini terdiri daripada dua (2) pegawai dan 46 anggota LLP. Ketua Perbarisan terdiri daripada Kapt Mohd Norfahdrizal bin Omar TUDM, Ajutan Perbarisan, Lt Mohd Nazrul Shafiq bin Mohd Ridzuan TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Norhisham bin Abidin.

Acara dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah Skuadron 401, Lt Kol Anuar bin Jamaludin TUDM. Dalam masa yang sama, turut diadakan sumbangan kepada anggota skuadron yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Perbarisan diteruskan dengan pemakaian pangkat anggota telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM kepada FSjn Mohamad Khairielnizam bin Mustar dari Skn 401 dan juga FSjn Mohd Azmi bin Ismail dari Skn 320 yang telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Udara II.

Perbarisan ini telah dilaksanakan dengan mengikut sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).